TEMAN

Friday, June 8, 2012

Pecah rumah

Assalamualaikum, 

Kejadian pecah rumah di Malaysia ni dah banyak sangat berlaku. Kawasan kampung mahu pun bandar tak terkecuali dalam hal ini. Pencuri ada je kat mana mana. rasa tak selamat hidup dalam negara sendiri. kajadian pecah rumah yang berlaku ke atas Wardina Saffiyah baru je lepas. 
sebut pasal hal pecah rumah ni, perkara nih baru je jadi dekat rumah sendiri. perasaan bila tahu rumah kena masuk dek orang tu cuak. gigil juga kaki ni. lagi pun masa kejadian we are not around. berada di luar daerah.
oleh sebab itu, memang sangat cuak sangat satu family. dengan letih and penat tak habis dengan kenduri kendara tiba-tiba dapat berita mengejut macam ni. hmmm.. nervous. baru lah sedar perasaan orang lain yang mengalami perkara yang sama. nak kata rumah kat rumah tuh ada duit, tak de lah, tak de apa pun. 
bila dapat je tahu, terus packing barang-barang, baju, and semua nya. bersiap-siap dengan kadar segera. makan dan terus bertolak pulang. dalam 3 jam kami sampai dekat rumah. check apa yang patut. alhamdulillah, tak banyak barang hilang and rumah tak bersepah pun. terima kasih kepada jiran-jiran yang membantu. 

APA YANG PERLU KITA LAKUKAN SEBELUM KELUAR RUMAH:

1. Pastikan tak tinggal duit ribu-riban dalam rumah macam simpan dalam almari ke, laci ke, atau mana-mana tempat yang difikirkan. (bank kan ada, masukkan je dalam bank)
2. pastikan barang berharga seperti laptop, barang kemas dan sebagainya yang difikirkan berharga dibawa bersama. 
3. Pastikan tutup semua tingkap dan kunci pintu dengan sewajarnya.
4. Maklumkan pada jiran yang dipercayai sahaja. *sebab zaman sekarang ramai je manusia suka menipu*

ingat ..:)


by the way, nih gambar tingkap bilik yang dijet. :(

ok, bye.

No comments:

Post a Comment