TEMAN

Monday, December 12, 2011

dengan little cousins

little cousins datang rumah jumaat. first plan nak bawak dorang ni keluar hari Sabtu. tapi, adek i ada ceramah driving dari pagi sampai petang. so, first plan cancel. then, bawak dorang keluar hari Ahad. oke. little cousin mau jalanjalan KL. dalam KL masih gerun driving. jadi tren adalah pilihan di hati. hate it ! komuter paling sesak dalam dunia. tambahtambah hari Ahad. coach akan penuh dengan warga asing. bau musyuk. tapi sudah janji. jadi keluar jugak. pergi midvalley saje. sebab taknak tukartukar train. akan lagi letih and pening dengan orang ramai. drive sampai stesen komuter Kuang. parked kereta kat situ je. kami bertujuh je. :)

midvalley super ramai orang. ramairamai manusia kat situ. sampai mid around 10.15pagi macam tuh. saje datang awal untuk cari tiket wayang. baru 10.30 pagi oke. KL dah penuh orang. omaigod ! kena keluar rumah lagi awal lepas ni. tuh pun adek i da merungut rungut keluar awal sangat bagai. sampai2 kat kaunter tiket. ombak rindu jadi pilihan hati. so decide nak ambil tiket maa 11.10 tapitapi unlucky tiket sold out. damn!
so, 1.35 lah. 


ini dua orang main game tengahtengah midvalley tu. orang lain dengan camera lah .:) dua orang ini dah tak toleh kiri kanan depan belakang bila PSP tuh depan mata. haiyak !  duadua ni adalah kanakkanak darjah dua dan darjah empat.

oleh sebab, camera berada di tangan, jadi gambar sendiri terlalu sedikit. gambar gambar seperti ini terpaksa minta dan paksa secara keras untuk dimuatkan dalam camera sendiri. terpaksa membuat muka ala ala garang untuk gambar sendiri. *memang sedia garang*

nampak seperti harihari biasa membuat lawatan ke midvalley bersama kanakkanak sekolah dan i jadi gurunya. hahaha. nasib baik mereka bertiga tidak selasak mana untuk dikawal di tempat awam begini. kalau ada yang sampai berlari lari ke hulu hilir dan cuba bergolek golek di lantai midvalley tahu lah anda dengan suara bagai halilintar akan mula mengaum nanti. hahahah. hehehe. 


dan ini adalah atas permintaan. mahu bergambar dengan pensel gergasi katanya. jadi gambar ini dimuatkan juga dalam camera i. mereka berbeza umur oke. purple tshirt is my brother. 8 years old. blck shirt is my cousin. 10 years old. hehehe. nampaknya genetik i dah mula kelihatan pada cousin ini. hehehe.

ini.. little cousin. yang mahu menonton Ombak rindu. 


dan ini, adalah tiket wayang ombak rindu pada hari ahad yang penuh sesak. wayang jyga penuh. sehingga terpaksa menunggu dan beratur panjang untuk check in semata mata. yang paling menarik ketika menonton adalah ketika melihat semua kanakkanak yang dibawa bersama untuk menonton menitik nitik air mata. ouh ! touching nampaknya. okeh lah. bye !

3 comments:

  1. erm....sangat menarik!!!!hahha...cerita yang menarik....memamg menarik.....tertarik i, you...hahah...sangat best!!!i hope i can watch OMBAK RINDU movie....hehehe....see ya...anyway meme comey adik adik mu...huhuhu

    ReplyDelete
  2. wah, dah berkelayakan nak jadi mak budak :)

    ReplyDelete
  3. Arissa Hanis: ah kau . abis kan duit den ja. tggu ombak rindu yg didownload. tgk ulang ulang.

    ID: hahaha. ada rupa mak budak ke. garang kn. :)

    ReplyDelete