TEMAN

Wednesday, November 30, 2011

Untungnya, untungnya ada Facebook .


untungnya hidup zaman IT dan Teknologi berkembang maju nih. segalanya di hujung jari. kau nak apa? klik je. pilih lah apa pun. semua ada. dari nak cari resipi masakan, cari boyfriends/girlfriends, buat revision. ah ! boleh kata semua ada. tinggal kau rajin tak rajin je nak klik tuh. untung juga, Facebook nih ada zaman sekarang. hilang kawan boleh cari dalam ni. hilang sedara kau boleh cari dalam nih. nak gossip? tentu tentu nya banyak dalam ni. lagi? ape lagi yang syok nya ada facebook ni. share tazkirah. share soalan spot. semua adalah. untungnya ada facebook nih. 

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


salam maal hijrah 1433h. 
tahun baru dah jelma. buka buku baru. tutup buku lama. yang lama jadikan sejarah dan pedoman untuk hidup akan datang. mudah mudahan tahun baru dimulakan dengan azam baru untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. juga mendoakan yang terbaik untuk semua. :)

Thursday, November 24, 2011

Jom mengundi yuk !

hei hei ! nampaknya i dah terlepas beberapa events daripada nuffnangs. haih. tuhla sape suruh tak check emel kerap kerap. ouh.menyesal menyesal. okeh. takpe takpe next time boleh involve. smile. :)

okeh, sekarang ni nuffnangs sedang menjalankan kempen mengundi pelbagai kategori. ade lah beberapa kategori. korang boleh check it out dekat nuffnangs or dekat mana-mana blog yang siarkan iklan nuffnang. sebelum terlupa. undian boleh dibuat setiap dua jam. ha. dia tak lah macam undian nak pilih adun tuh. tak tak. tak sama sekali. die lebih kurang undian anugerah binta popular berita harian tuh. hehehehehe. 

jadi jom mengundi. bile i tengok ketegori yang nuffnang offer. auww. menariknya. tapi tuh lah kan. tak de rezeki i ni. jangan lupa mengundi belog haniz zalikha belog kegemaran ramai tuh and belog abang nara yang fames dalam kalangan artis tuh okeh. 

okeh. mari mengundi. :)     http://www.nuffnang.com.my/

Wednesday, November 23, 2011

Zaman kanak kanak Ribena yang ohsem !

*gambar ngek*
gambar takde kena mengena dengan tajuk. tapi i tempek juga dekat sini. hehehe.

i rasa la. semua orang ada zaman kanak kanak yang best *ceh ayat macam nak buat pendahuluan karangan* :) sama lah macam i. zaman kanak kanak paling best dalam dunia. kalau ada mesin masa macam Doraemon konfem i nak masa tu putar balik. masih mau rasa jadi kanak kanak. hidup tak perlu nak fikir banyak. dunia di kelilingi main . main, main dan main. oh ! best sangat.

apa yang menarik masa zaman kegemilangan kanak kanak i nih. emmm. i rasa sama je macam kanak kanak yang lain. sekolah kebangsaan, sekolah agama, mengaji, tuisyen. maklum lah. zaman i membesar IT and komputer is growing. so i tak terlepas dengan kejaran cita cita berlumba lumba mau jadi yang terbaik dalam akademik. so, semua tu WAJIB hadir. kalau tak queen dekat rumah akan start machine gun sampai lusa. hahahha.

tapi i tak terlepas apa apa. Alhamdulillah. balik dari sekolah. i akan cepatcepat tukar baju. pakai baju kembang (drees) yang comelcomel tuh then kuar main main. heheh. ouh .dulu semua benda i main. kalau masa tuh trend orang main badminton. i main badminton. kalau masa tu orang main tutup botol i pun main, ape je game. sure i main, panjat pokok lah. polis entry lah. kawan perempuan sangat kurang area rumah i nih. so normally i main dengan lelaki. walaupun dengan baju kembang yang akan terbang bila kena tiup angin. ade i kesah. masa tu lah. heheheh. 

game yang i main selalunya pengaruh dari sekolah. kawan dekat sekolah sama jugak dengan kawan kat rumah. jadi game yang we all pilih setiap petang bergantung kepada mood masing masing. tapi selalu nya mood we all sama je. tapi tapi. you all semua i takde lah sampai jadi ala ala tomboi gitu. tak la. i masih anak gadis yang malumalukucing. *perasa terlebih* even kawan dengan lelaki. tapi perangai takde lah terikut dengan diorang. maintain kiut tau. *muntah hijau*

ma selalu kata i lembik. dari situ i daring nak buat semua benda yang lasak lasak. kalau kawan kawan tengok i mesti tak percaya i sangat suka aktiviti lasak. secara fizikalnya i nih macam perempuan yang tak berani. emm mybe lah kan. tapi. i berani dan terlibat dengan banyak aktiviti lasak. satu je lagi i tak dapat buat. bunjee. emm. masih tunggu masa and tempat yang sesuai. 

p/s: jujurnye i tak suke orang lain pandang rendah pada keupayaan i. memang dari fizikalnya i ni macam lembik, kuat nanges bagai. tapi i bina semua kekuatan diri i dari pandangan remdah orang lain terhadap i. bangun dari situ. btw, thank you jugak lah kan. kalau tak mesti i maintain lembik. :)

Main tutup botol dan masih menang


tajuk nak tunjuk terror. :) auwww auwww. bukan bukan. actually, i masih kagum dengan diri sendiri. lama jugak tinggalkan game nih,. tapi masih boleh main dan tak lupakan skill dia. hahaha. happy lah. dapat peluang main game ni dengan kazen kazen i yang kecik kecik tuh. including my sister n brother lah. jadi i lah manusia paling tua kat situ yang sudi bermain dengan kanak-kanak ribena. you all yang pernah main game nih mesti still ingat betapa addicted nya dekat game nih masa tuh. hari-hari masa rehat mesti plan nak main. or setiap kali abis exam tak kesah mid year or last year. konfem game ni jadi kegemaran untuk main. 
ingat tak? 
game macam ni macam jadi satu trend lah, lepas satu satu game lain plak. btw, back to the story. i main dengan mereka mereka itu. tujuan asalnya tak mau bagi mereka mereka jalan jalan banyak. nak minta suruh duduk diam macam mustahil kanak kanak kan mana boleh duduk diam. so. ni lah cara nya. :) cerdik kan? hehehe. okeh. i jadi player kedua. no what? i sapu bersih sampai game. hahahaha. tercengang lah mereka. hehehe. terror kan. btw, bukan nak bangga diri or ape je yang terlintas dekat mind korang. tapi, i terasa macam skill yang dah lame ditinggalkan tu sepatutnya dah hilang. tapi syukur masih ada. 

jadi, jom korang ! kita main sekali. lepas ni try plak main getah. rumah terbakar ke. zero point ke. ouh. teringat zaman kanak kanak lah. nnt i sambung dengan cerita zaman kanak kanak i oke. kalau ada yang sudi baca lah. bye. see you soon. :)

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Malaya kasi Auuuuummmmmmm lagi !

hhhoooooo yeaaaahhhh !!!. Malaysia menang emas untuk bola sepak. walaupun banyak dah blogger lain yang buat entry pasal ni. tapi i baru nak buat harini. sebab semalam game abis lambat. jadi lepas game cuma sempat online untuk skype and hantar emel. tapi hantar emel tak boleh. so skype je untuk beberapa ketika. oke. sebaba ada masa luang hari ni. jadi dapat buat entry untuk pasukan kebanggaan malaysia ni hari ni.

btw, tahniah pasukan Malaysia. auuuuuuummmmmmmmm !. hahaha. me super excited, super debar2 . urgh ! terutama masa sepakan penalti yang terakhir yang dilakukan oleh badrol bakhtiar. debar debar *tutops mata*
game sangat best. puas ati sorak sorak dalam rumah. kasi auuuummm itu garuda.

Tuesday, November 8, 2011

salam AidilAdha



salam Aidil Adha :)
kali ini kena korban masa. exam is just around the corner.
study. study. study
wish me luck oke.:)

Thursday, November 3, 2011

topeng manusia


aku bukan manusia yang bertopeng. 
yang pandai berpura-pura.

Wednesday, November 2, 2011

Tanda Kematian

TANDA-TANDA KEMATIAN



1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing. 



4. 7 hari : Mengidam makanan.


5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.


9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat



hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang

badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda

yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam

and jangan lagi bercakap-cakap. ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka

akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam

lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian

mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak

kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk

menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan

kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu

kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik

rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan

kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan

menarik roh dari dadanya hingga sampai ke

kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak

orang itu.” Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,

maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan

sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang

yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di

syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang

berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat

rindunya pada syurga dan melihat terus

pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka

Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat

kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang

itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini

adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat

neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.

menghendaki seorang mukmin itu dicabut

nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila

malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin

itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut

orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini

melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa

menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,

maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan

menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang

mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh

orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah

sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,

keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan

keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu

untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,

tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini

mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini

menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat

maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat

maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki

ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan

solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang

mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba

pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut

menghampiri telinga maka telinga pun

berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini

kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang

mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak

menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada

jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa

melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata

ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali

kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak

tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang

beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang

itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah

S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut

dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh

pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu

Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat : 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga

Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga

Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung

di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai

hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada

di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka

Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga

sampai hari Kiamat.” Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok

manusia yang akan dijabat tangannya oleh para

malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam

dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sumber: Facebook: Betapa Kecilnya Kita Di hadapan Allah.

nota tangan kaki: masih ingat tazkirah ni semasa: Kak Fai yang sampaikan masa kuliah magrib kat sekolah dulu.