TEMAN

Wednesday, April 6, 2011

Seminar Menangani Masalah Sosial Remaja Islam

Seminar ni diadakan di Masjid Al Azim, Melaka Tengah, Melaka. tak jauh pun dari maktab i..bukak je tingkap, dah boleh nampak masjid ni. Seminar ni dianjurkan oleh KUIM or Kolej Universiti Islam Melaka. Tarikhnye hari ni lah 6 April 2011. Bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.00 petang. Peserta daripada pelbagai peringkat umur. antara 18 ke 58 tahun. jadi perbincangan lebih kepada isu keluarga, cara membentuk keluarga terbaik yang mengikut landas Islam. bagi yang belum kahwin ni, bak kata dato Siti Norbahyah anggap macam kursus pra perkahwinan..:)


 penceramah yag hadir hebat2.. pertama YM Tengku Naufal Tengku Mansor. merupakan peguam bela dan peguam cara MAhkamah Tinggi Malaya dan Peguan syar'ie Wilayah persekutuan. KEduanya, Dato Siti Norbahyah serta suaminya Ustaz Wan Akashah.. 


Seminar ini lebih menjuruskan kepada perbincangan daripada menadah telinga. first impression bila dapat tahu ala2 ceramah agama..adui...abislah..bawak novel siap2... tapi pengisian yang diberikan sangat bagus. YM Tengku telah berkongsi beberapa tips menjadi ibu bapa yang baik. oke, i buat rumusan je la daripada apa yang i dengar dan catat serta bincangkan td ye.. menurut YM Tengku Naufal, ibu bapa main peranan besar dalam mendidik anak2. tugas mendidik anak2 ni bukan terletak tas pundak ibu semata-mata. ini yang kita lihat hari ini. ibu semuanya. yang hadir mesyuarat PIBG pun ibu.. bapanya entah ke mana. tapi bukan semua bapa begitu tetapi ditegaskan oleh YM kebanyakkannya begitu. bapa juga kena sama2 dengan ibu didik anak. selain itu, pendedahan seks meati bermula dari rumah. ibu bapa yang kena share. seks ni maksudnya dari aspek akil baligh, perubahan2 yang akan berlaku selepas akil baligh. perlu dijelaskan kepada anak2. tapi, kebanyakkan ibu bapa malu nak bagi explanation pasal ni. kita selalu sempit kan makna seks ni kepada hubungan lelaki dan perempuan. same juga macam kita sempitkan makna cinta, makna sayang. cinta dan sayang adakah hanya untuk kekasih?? takkah..jadi luaskan maknanya. tapi ada caranya..perbincangan yang dibuat bersam YM TEngku banyak memberi pengetahuan baharu.


Next, Dato Sto dan suaminya pula berbincang serta berkongsi tips2 untuk menjadikan keluarga bahagia, dapat anak soleh dan solehah, dapat suami baik isteri baik.. banyak doa2 yang dikongsi.bagaimana nak jaga keluarga.owh.. tidak dilupakan, perbincangan juga ada menyentuh tentang poligami.. topik terhangat yang digemari kaum adam. selalunya apabila mahu berkahwin lagi, si suami akan mengeluarkan ayat al Quran. tetapi seringkali tidak habis membacanya.. ada syarat untuk kahwin lebih. jgn nanti berjalan senget di akhirat.  


ilmu yang tinggi dari pemerhatian saya. cuba mengkaji diri sendiri..banyak lagi yang kurang sebenarnya. perlu dibaiki. emmm...ade jugak bergambar.. tapi perlu kumpul dulu dan masukkan dalam lappy dulu.  later will share with u oke..


p/s: langsung tak baca novel. excited dengar seminar..:)

No comments:

Post a Comment