TEMAN

Friday, December 30, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran !


hey you ! wishing you happy birthday. 
moga bahagia akhir hayat. :)

Thursday, December 29, 2011

Syukur Ya Tuhan.

Syukur Alhamdulillah. bersyukur dengan nikmat Mu Tuhan. keputusan peperiksaan semester empat dah keluar. i dapat tahu secara mengejut. baiah called. masa tuh tengah tidur petang. bila dapat call agak terkejut. baiah bagitau result dah keluar. ouh. ! debar debar nya. baiah check kan untuk i. sebab i macam mamai mamai baru bangun tidur.

then baiah bagitau keputusan i. syukur ya Tuhan. keputusan meningkat baik. alhamdulillah. masa semester tiga keputusan menurun. masa tuh rasa bersalah dengan diri sendiri. sebab sedih melampau keputusan turun merudum. nasib baik CGPA masih baik. 

jadi, masa semester empat. azam kan dalam diri. mesti dapatkan semula keputusan yang baik. syukur ya Tuhan. 

Tuesday, December 27, 2011

sekali lagi

selamat tengah hari ! masa menulis adalah masa tengah hari. jadi salam dimulakan dengan ucapan tengah hari. haih. cuti krimas telah digunakan sebaiknya. bukan pergi sambut krismas oke. abah ambil extra cuti untuk spend masa samasama sebelum semua kembali ke sekolah including me .*bajet budak sekolah lah kan*. 
sabtu. pergi muzium negara saja. bawak adek yang mau tengok upinipin kat sana. ma kata selagi adek nih besar nih. selagi tuh lah tempat tempat sebegini akan menjadi kunjungan utama kami. hahaha. wahai adek cepat lah besar. sudah jemu nih. bagus nya adek nih. semua facts dekat muzium tuh dibaca dan difahami. kalau tak fahan. semua yang ada kat sekeliling akan ditanya dan disoal  hingga dapat jawapan yang memuaskan hati.
setelah jemu dan letih. ma ajak pergi ICt.  walaupun ICT takde ape pun. cuma lampu lampu cantek yang sesuai duduk sebelah dan ambil gambar. itulah yang dibuat sepanjang kat sana. kemudian terus balik rumah. tidur ! bye. :)

Thursday, December 22, 2011

Selamat hari natal untuk semua penganut Kristian

Selamat menyambut hari natal kepada semua penganut Kristian. :) tinggal beberapa hari je lagi Krismas menjema. dan ini juga bermakna tinggal berapa hari je lagi cuti ini berakhir. kembali dalam dunia pelajar guru. cuti semester kali ini cuma di rumah saja. 

dan ini merupakan cuti semester yang panjang tanpa cinta hati.banyak cerita pada tahun 2011 yang akan melabuhkan tirainya tak lama tak lagi. ouh. ! laplap air mata.

ni masa 2009. reunion pertama dengan kawan kawan sekolah rendah. walaupun beberapa orang je yang datang tapi happy. midvalley jadi tempat pertemuan. dan ini semasa midvalley meriah dengan hiasan untuk menyambut Krismas. tak lepaskan peluang mengambil gambar. :)

ini pula. gambar tahun 2010. midvalley juga lokasi nya. masa ni. sudah mula emosi. sedih sedih. sebab cinta hati akan terbang tak lama lagi. sekali pun tak sebut tentang apaapa perkara tentang terbang atau germany. both will cry. so silent is better.
dan ini, 2011. gambar di midvalley juga. tapi kali ni. tanpa cinta hati. dia jauh di germany. sedang lihat air yang beku jatuh ke bumi. gambar nih masa i bawak little cousins menonton OmbakRindu. memang kerinduan. padamkan cerita sedih. kembali kan keceriaan. amiin. bye.

Tuesday, December 20, 2011

cuti sehari

salam selasa. lama sungguh tinggalkan belog nih. facebook pun lama tak update. line broadband di rumah sering putus putus menyebabkan mood online punah dan hangus terbakar. sering disconnect dengan sendiri membuat mood hilang serta merta. hari ni cubaan berani nak online. dan, akhirnya ada juga line nih. :) 

cuti beberapa ketika dari dunia web ini beri i ruang tengok movie dengan banyaknya. movie marathon. okeh. kita kembali pada tajuk. Sabtu abah cuti. jadi ada peluang jalanjalan keluarga. so, ma decided pergi meru saje. then, pergi pantai remis. duduk dekat meru sekejap je. singgah makan and round round bandar meru.

setelah jemu dan bosan terus pergi pantai remis. ouh. tibatiba hujan turun. feeling nak duduk lamalama dekat pantai ingat kena cancel. tapi tapi. bila sampai pantai remis, hujan rintik rintik saje. so dapat keluar kereta. dan snap snap gambar. yeeeha !

ini adalah budak nakal dalam kereta. gila dengan jersi Malaysia. :) dan ma. sangat baik hati belanja semua orang satu jersi nih. akibat tidak sabar. this boy tukar baju dalam kereta dan sarung jersi ni. haih. bau kedai masih kuat lagi tuh. :)

dan ini adalah satu gambar wajib bagi setiap vacation yang disertai. :) diambil oleh adek . sangat like. ouh. angel die. view die. super cantik macam model dalam gambar ini juge. pannggg ! perasan .

ouh ! dua dara pingitan dari kiri. manakala yang kanan sekali merupakan mak dara yang turut feeling sama macam anak anak dara kekononnya. hahaha. my mum la tuh.

okeh. letih dah nak fikir ayat apa lagi nak tulis dan taip dalam belog ni. semua gambar ni edit dan buat fade style. tibatiba rasa cantek kan. hahahaha. okeh lah. bye bye. 

Tuesday, December 13, 2011

Gerhana Bulan


segala puji bagi Allah tuhan yang maha Besar. Tuhan yang maha mengetahui segala rahsia dunia sama ada di laut mahu di darat. dan ini bukti kekuasaanNya yang tak mampu kita tandingi. 

melihat gerhana bulan di depan rumah pada hari Sabtu. ketika abah kecohkecoh dpoan rumah panggil semua isi rumah keluar untuk tengok gerhana. dan semua berlari keluar sambil membawa camera untuk snap gambar. dan ini lah yang dapat. 


Monday, December 12, 2011

dengan little cousins

little cousins datang rumah jumaat. first plan nak bawak dorang ni keluar hari Sabtu. tapi, adek i ada ceramah driving dari pagi sampai petang. so, first plan cancel. then, bawak dorang keluar hari Ahad. oke. little cousin mau jalanjalan KL. dalam KL masih gerun driving. jadi tren adalah pilihan di hati. hate it ! komuter paling sesak dalam dunia. tambahtambah hari Ahad. coach akan penuh dengan warga asing. bau musyuk. tapi sudah janji. jadi keluar jugak. pergi midvalley saje. sebab taknak tukartukar train. akan lagi letih and pening dengan orang ramai. drive sampai stesen komuter Kuang. parked kereta kat situ je. kami bertujuh je. :)

midvalley super ramai orang. ramairamai manusia kat situ. sampai mid around 10.15pagi macam tuh. saje datang awal untuk cari tiket wayang. baru 10.30 pagi oke. KL dah penuh orang. omaigod ! kena keluar rumah lagi awal lepas ni. tuh pun adek i da merungut rungut keluar awal sangat bagai. sampai2 kat kaunter tiket. ombak rindu jadi pilihan hati. so decide nak ambil tiket maa 11.10 tapitapi unlucky tiket sold out. damn!
so, 1.35 lah. 


ini dua orang main game tengahtengah midvalley tu. orang lain dengan camera lah .:) dua orang ini dah tak toleh kiri kanan depan belakang bila PSP tuh depan mata. haiyak !  duadua ni adalah kanakkanak darjah dua dan darjah empat.

oleh sebab, camera berada di tangan, jadi gambar sendiri terlalu sedikit. gambar gambar seperti ini terpaksa minta dan paksa secara keras untuk dimuatkan dalam camera sendiri. terpaksa membuat muka ala ala garang untuk gambar sendiri. *memang sedia garang*

nampak seperti harihari biasa membuat lawatan ke midvalley bersama kanakkanak sekolah dan i jadi gurunya. hahaha. nasib baik mereka bertiga tidak selasak mana untuk dikawal di tempat awam begini. kalau ada yang sampai berlari lari ke hulu hilir dan cuba bergolek golek di lantai midvalley tahu lah anda dengan suara bagai halilintar akan mula mengaum nanti. hahahah. hehehe. 


dan ini adalah atas permintaan. mahu bergambar dengan pensel gergasi katanya. jadi gambar ini dimuatkan juga dalam camera i. mereka berbeza umur oke. purple tshirt is my brother. 8 years old. blck shirt is my cousin. 10 years old. hehehe. nampaknya genetik i dah mula kelihatan pada cousin ini. hehehe.

ini.. little cousin. yang mahu menonton Ombak rindu. 


dan ini, adalah tiket wayang ombak rindu pada hari ahad yang penuh sesak. wayang jyga penuh. sehingga terpaksa menunggu dan beratur panjang untuk check in semata mata. yang paling menarik ketika menonton adalah ketika melihat semua kanakkanak yang dibawa bersama untuk menonton menitik nitik air mata. ouh ! touching nampaknya. okeh lah. bye !

Friday, December 9, 2011

Cerita tentang ultimate cheesy Pizza

cerita lapuk dari laman blog i nih dah selalu sangat kan. so, ni antara cerita lapuk berkurun yang akan diceritakan. okeh okeh. ultimate cheesy pizza dari Pizza Hut adalah cerita bulan november dan seharusnya sudah diceritakan. tapi akibat kesibukan melanda mengalahkan Perdana Menteri Malaysia, jadi cerita ini tak terhupdate. *kemalasan melebihi kesibukan*  hehe. 

iklan ultimate cheesy ni sangat mengiurkan dan mengecurkan air liur. *ouh! plis lap mulut2 anda* tapi letakkan tahap kesabaran dalam diri sebab masa tu musim exam melanda. ouh. masa tu bagai emas. sangat dihargai untuk membaca *konon konon nye*.  tapi tapi tapi. membe mengepos iklan di laman Facebook. damn . terliuq. so. decide dengan membe membe keluar jugak untuk makan ultimate cheesy pizza ni. nyummmmmmy ! 

sila lah lihat wahai dunia ! delicious . cheeeeesssseeee pizza tuh. yo. tak boleh tahan wo. sampai saja pizza tuh depan mata. ngap ! 


ni muka konon konon concentrate dengar orang cerita cerita. padahal tangan tuh lagi concentrate dengan camera. btw, lihat lihat. tengok tengok. piring clear ! memang kuat lantak. :p 


ouh, ni mereka yang pergi bersama i. dan ini sebelum sampainya Pizza depan mata. ayu je kan. :0 sekali pizza sampai. tiada lagi tolehan kiri kanan depan belakang. mata tertumpu hanya pada pizza . hahahahaha.


dan. dan. ini. tak tau lah anak sapa. tengah buat kira kira kot kena bayaq berapa nih. hahahaha. :)

dah try, dah cuba, dan dah test. *wei, sama ja maksud perkataan kau guna tuh*  sedap wo. rasa cheese meletup dalam mulut wo. tak percaya? pi try lah. :) bye.

Wednesday, December 7, 2011

Today is Her Day 'HAPPY BIRTHDAY*


today is Her day . Happy Birthday Mar .
semoga bahagia hingga akhir hayat. :)

Tuesday, December 6, 2011

bersama cousins

last sunday me and little cousins keluar. oke, mula mula olan mau pergi area rumah saje. but out of sudden i changed my mind. i drive terus pergi giant batu caves. ouh ! percubaan pertama drive sendiri pergi sejauh itu. and of course bukan di bawah pengetahuan ibu tersayang lah. kalau tak sure tak dapat pergi kan. anyway, pergi giant sekejap je. round sekali dalam giant tuh, then drive pergi Taman Metropolitan Kepong. or komersil named taman layang-layang. hehehe. in the car, ade tujuh orang lah including me. ramai tak i bawa. kereta penuh. seat belakang macam sardin. pack ! hahaha.
dan. secara tiba tiba juga i minat menjadi pak photog. suke tengok gamba potret cantik. takde skill. so hentam ja lah labu ! this one is my shot for my sister while she s walking. hemm. so how? 


this one for my little cousin while she s running. i like this shot very much. really. 


this? emm. my little cousin. while she s walking. actually masa ni dia lari daripada di snap. heheh. 


ouh. yang ini? tak perlu diperkenalkan lagi. my younger younger younger brother yang super nakal. klu u all tengok dengan teliti. baju dia basah dengan peluh. and i siap warning, before masuk kereta make sure keringkan peluh dulu. hahahaha. ;)


oh. and. this is me ! the one that really cute. damn. tampar sekali .:p



bersantai. and feels really lucky. sebab ada tikar dalam boot kereta. so dapat duduk sambil mengarah arah. "hei, jangan lari lari. hei, jangan pergi jauh jauh"

ouh. i know. skill perlu ditajamkan. btw. this shot only using sony digital camera 16 mpxl given by my cinta hati. thank you so much. :)

Wednesday, November 30, 2011

Untungnya, untungnya ada Facebook .


untungnya hidup zaman IT dan Teknologi berkembang maju nih. segalanya di hujung jari. kau nak apa? klik je. pilih lah apa pun. semua ada. dari nak cari resipi masakan, cari boyfriends/girlfriends, buat revision. ah ! boleh kata semua ada. tinggal kau rajin tak rajin je nak klik tuh. untung juga, Facebook nih ada zaman sekarang. hilang kawan boleh cari dalam ni. hilang sedara kau boleh cari dalam nih. nak gossip? tentu tentu nya banyak dalam ni. lagi? ape lagi yang syok nya ada facebook ni. share tazkirah. share soalan spot. semua adalah. untungnya ada facebook nih. 

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


salam maal hijrah 1433h. 
tahun baru dah jelma. buka buku baru. tutup buku lama. yang lama jadikan sejarah dan pedoman untuk hidup akan datang. mudah mudahan tahun baru dimulakan dengan azam baru untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. juga mendoakan yang terbaik untuk semua. :)

Thursday, November 24, 2011

Jom mengundi yuk !

hei hei ! nampaknya i dah terlepas beberapa events daripada nuffnangs. haih. tuhla sape suruh tak check emel kerap kerap. ouh.menyesal menyesal. okeh. takpe takpe next time boleh involve. smile. :)

okeh, sekarang ni nuffnangs sedang menjalankan kempen mengundi pelbagai kategori. ade lah beberapa kategori. korang boleh check it out dekat nuffnangs or dekat mana-mana blog yang siarkan iklan nuffnang. sebelum terlupa. undian boleh dibuat setiap dua jam. ha. dia tak lah macam undian nak pilih adun tuh. tak tak. tak sama sekali. die lebih kurang undian anugerah binta popular berita harian tuh. hehehehehe. 

jadi jom mengundi. bile i tengok ketegori yang nuffnang offer. auww. menariknya. tapi tuh lah kan. tak de rezeki i ni. jangan lupa mengundi belog haniz zalikha belog kegemaran ramai tuh and belog abang nara yang fames dalam kalangan artis tuh okeh. 

okeh. mari mengundi. :)     http://www.nuffnang.com.my/

Wednesday, November 23, 2011

Zaman kanak kanak Ribena yang ohsem !

*gambar ngek*
gambar takde kena mengena dengan tajuk. tapi i tempek juga dekat sini. hehehe.

i rasa la. semua orang ada zaman kanak kanak yang best *ceh ayat macam nak buat pendahuluan karangan* :) sama lah macam i. zaman kanak kanak paling best dalam dunia. kalau ada mesin masa macam Doraemon konfem i nak masa tu putar balik. masih mau rasa jadi kanak kanak. hidup tak perlu nak fikir banyak. dunia di kelilingi main . main, main dan main. oh ! best sangat.

apa yang menarik masa zaman kegemilangan kanak kanak i nih. emmm. i rasa sama je macam kanak kanak yang lain. sekolah kebangsaan, sekolah agama, mengaji, tuisyen. maklum lah. zaman i membesar IT and komputer is growing. so i tak terlepas dengan kejaran cita cita berlumba lumba mau jadi yang terbaik dalam akademik. so, semua tu WAJIB hadir. kalau tak queen dekat rumah akan start machine gun sampai lusa. hahahha.

tapi i tak terlepas apa apa. Alhamdulillah. balik dari sekolah. i akan cepatcepat tukar baju. pakai baju kembang (drees) yang comelcomel tuh then kuar main main. heheh. ouh .dulu semua benda i main. kalau masa tuh trend orang main badminton. i main badminton. kalau masa tu orang main tutup botol i pun main, ape je game. sure i main, panjat pokok lah. polis entry lah. kawan perempuan sangat kurang area rumah i nih. so normally i main dengan lelaki. walaupun dengan baju kembang yang akan terbang bila kena tiup angin. ade i kesah. masa tu lah. heheheh. 

game yang i main selalunya pengaruh dari sekolah. kawan dekat sekolah sama jugak dengan kawan kat rumah. jadi game yang we all pilih setiap petang bergantung kepada mood masing masing. tapi selalu nya mood we all sama je. tapi tapi. you all semua i takde lah sampai jadi ala ala tomboi gitu. tak la. i masih anak gadis yang malumalukucing. *perasa terlebih* even kawan dengan lelaki. tapi perangai takde lah terikut dengan diorang. maintain kiut tau. *muntah hijau*

ma selalu kata i lembik. dari situ i daring nak buat semua benda yang lasak lasak. kalau kawan kawan tengok i mesti tak percaya i sangat suka aktiviti lasak. secara fizikalnya i nih macam perempuan yang tak berani. emm mybe lah kan. tapi. i berani dan terlibat dengan banyak aktiviti lasak. satu je lagi i tak dapat buat. bunjee. emm. masih tunggu masa and tempat yang sesuai. 

p/s: jujurnye i tak suke orang lain pandang rendah pada keupayaan i. memang dari fizikalnya i ni macam lembik, kuat nanges bagai. tapi i bina semua kekuatan diri i dari pandangan remdah orang lain terhadap i. bangun dari situ. btw, thank you jugak lah kan. kalau tak mesti i maintain lembik. :)

Main tutup botol dan masih menang


tajuk nak tunjuk terror. :) auwww auwww. bukan bukan. actually, i masih kagum dengan diri sendiri. lama jugak tinggalkan game nih,. tapi masih boleh main dan tak lupakan skill dia. hahaha. happy lah. dapat peluang main game ni dengan kazen kazen i yang kecik kecik tuh. including my sister n brother lah. jadi i lah manusia paling tua kat situ yang sudi bermain dengan kanak-kanak ribena. you all yang pernah main game nih mesti still ingat betapa addicted nya dekat game nih masa tuh. hari-hari masa rehat mesti plan nak main. or setiap kali abis exam tak kesah mid year or last year. konfem game ni jadi kegemaran untuk main. 
ingat tak? 
game macam ni macam jadi satu trend lah, lepas satu satu game lain plak. btw, back to the story. i main dengan mereka mereka itu. tujuan asalnya tak mau bagi mereka mereka jalan jalan banyak. nak minta suruh duduk diam macam mustahil kanak kanak kan mana boleh duduk diam. so. ni lah cara nya. :) cerdik kan? hehehe. okeh. i jadi player kedua. no what? i sapu bersih sampai game. hahahaha. tercengang lah mereka. hehehe. terror kan. btw, bukan nak bangga diri or ape je yang terlintas dekat mind korang. tapi, i terasa macam skill yang dah lame ditinggalkan tu sepatutnya dah hilang. tapi syukur masih ada. 

jadi, jom korang ! kita main sekali. lepas ni try plak main getah. rumah terbakar ke. zero point ke. ouh. teringat zaman kanak kanak lah. nnt i sambung dengan cerita zaman kanak kanak i oke. kalau ada yang sudi baca lah. bye. see you soon. :)

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Malaya kasi Auuuuummmmmmm lagi !

hhhoooooo yeaaaahhhh !!!. Malaysia menang emas untuk bola sepak. walaupun banyak dah blogger lain yang buat entry pasal ni. tapi i baru nak buat harini. sebab semalam game abis lambat. jadi lepas game cuma sempat online untuk skype and hantar emel. tapi hantar emel tak boleh. so skype je untuk beberapa ketika. oke. sebaba ada masa luang hari ni. jadi dapat buat entry untuk pasukan kebanggaan malaysia ni hari ni.

btw, tahniah pasukan Malaysia. auuuuuuummmmmmmmm !. hahaha. me super excited, super debar2 . urgh ! terutama masa sepakan penalti yang terakhir yang dilakukan oleh badrol bakhtiar. debar debar *tutops mata*
game sangat best. puas ati sorak sorak dalam rumah. kasi auuuummm itu garuda.

Tuesday, November 8, 2011

salam AidilAdha



salam Aidil Adha :)
kali ini kena korban masa. exam is just around the corner.
study. study. study
wish me luck oke.:)

Thursday, November 3, 2011

topeng manusia


aku bukan manusia yang bertopeng. 
yang pandai berpura-pura.

Wednesday, November 2, 2011

Tanda Kematian

TANDA-TANDA KEMATIAN



1. 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

2. 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

3. 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing. 



4. 7 hari : Mengidam makanan.


5. 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

6. 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

7. 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

8. 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.


9. Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat



hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang

badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda

yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam

and jangan lagi bercakap-cakap. ******Bila Malaikat Mencabut Nyawa****** Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka

akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam

lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian

mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak

kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk

menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan

kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu

kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik

rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan

kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan

menarik roh dari dadanya hingga sampai ke

kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak

orang itu.” Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,

maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan

sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang

yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di

syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang

berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat

rindunya pada syurga dan melihat terus

pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka

Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat

kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang

itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini

adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat

neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T.

menghendaki seorang mukmin itu dicabut

nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila

malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin

itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut

orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini

melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa

menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,

maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan

menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang

mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh

orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah

sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,

keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan

keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan : Tidak ada jalan bagimu

untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,

tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini

mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini

menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat

maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat

maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki

ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan

solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang

mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba

pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut

menghampiri telinga maka telinga pun

berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini

kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al- Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang

mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak

menghampiri mata maka berkata mata:”Tidak ada

jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa

melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata

ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”Setelah gagal maka malaikat maut kembali

kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

“Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak

tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang

beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah

S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang

itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah

S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut

dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh

pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu

Bakar R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat : 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga

Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga

Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung

di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai

hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada

di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka

Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga

sampai hari Kiamat.” Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok

manusia yang akan dijabat tangannya oleh para

malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya: 1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam

dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sumber: Facebook: Betapa Kecilnya Kita Di hadapan Allah.

nota tangan kaki: masih ingat tazkirah ni semasa: Kak Fai yang sampaikan masa kuliah magrib kat sekolah dulu.

Thursday, October 27, 2011

Skyp-ing


dua hari tidak skype dengan incik right.
sibuk tersangat. maaf papa. 

Dynasty Hotel


Hello korang !. cuti i dah nak abis lah. sedih :'( sob. sob.
cepat sungguh masa ni gerak. nampak sangat tahap kecemburuan ide tuh terhadap masa luang ni. hehehe.:)
cuti ni memang dihabiskan dengan berjalan sakan. 
3 hari i menginap di Dynasty Hotel, KL. mesti pelikkan.
bukan jauh na rumah i nak ke KL tu. half an hour je pun. tu pun kena tidur hotel ke? hehehe.
oh. tak.tak. actually, i mendapat mandat daripada The Queen dekat rumah minta temankan my aunt tidur kat situ. sebab ape? she needs to attend a course. 
so, my sis and i la kena teman. beside, i tau jalan dekat KL compare to my aunt yang dari penang tu.
my dad kena kerja. so tak dapat nak hantar and amik.
first day, i minta teksi tu hantar my aunt. then, bila dah abis course, we all berjimba dekat Jalan TAR. sesakan nye.:)
hehehehe. ape lagi la kan. India sedang shopping sebab nak raya, we all pun join berkaki kaki la. 
kah. kah. kah.
second day, just stay in the hotel. malas nak ke mana mana.
third day terus check out. then, lepak dekat Taman Titiwangsa before hanta my aunt ke Hentian Djta sebab die nk terus balik penang. 
so sekarang, cuti tinggal 3 hari je lagi haih..:(

nota kakitangan: buku tak baca lagi. tak sedar ke dah nak exam ni??ha !!!!!

Monday, October 24, 2011

Korean BBQ and Steamboat

cerita ini bakal basi tak lama lagi. jadi sebelum masuk fasa cerita basi baik i cerita kan.:)
with a lovely and sweet girls, we all plan mau keluar melantak di Seoul Garden.
hahaha.. selera nak besar je kan. plan berjalan beberapa hari ke beberapa minggu ke beberapa bulan.
dari sebelum puasa, lajak ke selepas puase lajak ke lepas assignment selesai.
dugaan banyak sungguh. haih. 
tapi disebabkan nekad gile nak  makan seafood. akhirnye dapat jugak.
nak jadi cerita malam before pergi seoul garden ade je dugaan lagi.
suddenly, kena buat presentation untuk mengalu kan kedatangan warga IPG TI ke kampus i.
oh..nanges guling-guling bilik massa tu. frust betol.
tapi nasib baik ade penyelamat. aidil offer diri nak g. thanks aidil.:)

ni half je. 

start makan dalam pukul 2.45 macam tu. dalam 5 ke 6 i baru berhenti makan.
amacam ? terror???? kah.kah. kah. gile kan. makan tak ingat.
member lain dah berhenti sikit-sikit. tapi i. UNSTOP.
cube bayang i makan banyak mana? memang sangat teringin makan seafood dan bbq. steamboat kurang sikit.
bbq tu sedappppp..
better u all try. dan mungkin dah ade yg dah cube kan. mesti u all setuju,
kalau tak setuju selera masing- masing kan.:)


dalam gambar ni si pak photog nya tiada. jadi kurag sorang je. la.
half dari kelas jugak la yang join ni.
happy moments la.
:)

Sunday, October 23, 2011

Jamuan Kelas



Jamuan kelas. Yippppppiiii ! lame rase nye tak buat jamuan kelas ni. 
kali ni, dengan persetujuan semua jamuan ni dapat dibuat. tukar hadiah pun buat.
excited gile!!. hehehehe.. syok ooo. makan freee.. 
buat jamuan dekat Ayam Penyet je. 


dengan kekuatan seramai 19 orang, inilah yang terhasil. cube korang kire cukup tak 19 orang kat gambar
atas ni? ha.. tak cukup kan...:) senyuman semua orang masa ni nampak sweeettt kan.
dengan akuan nye, i mengaku la we all ni sweett kan. hahahaha
u all nak kate ape? btw all booked.:)


cube kire gambar atas ni, cukup 19 tak? cukupp kan. :) 



mirror, which one of the princesses in that mirror is prettier than? hahahah..
kegilaan kami menjadi model cermin. itu lumrah si pencinta camera. 
jangan kata la u all tak penah buat kan. :)


harap ukhuwah dan persahabatan yang terjalin ini tidak dicalari 
dengan cerita-cerita dongengan serta fitnah manusia.
jika kepercayaan diletak kan, tutup telinga dan pejam kan mata,
abaikan cerita dongengan rekaan manusia. kerana cerita begini merosakkan
hubungan sahabat yang telah kita bina. 
moga persahabatan kekal hingga ke akhir.
amiinn.

Tuesday, October 18, 2011

tigatahunenambulan



tigatahunenambulan :)


Sunday, October 9, 2011

-Sukarelewan MudaMudi Malaysia-

selamat pagi Ahad ! cuma secebis cerita ingin dikongsi pagi ini. 
Khamis bersamaan 6 Oktober 2011, kami dijemput hadir ke Bengkel/ Penyertaan Sukarelewan Muda Mudi Jiwa Malaysia.
motivators yang hadir berkongsi cerita ialah Prof Dr Fadzil, Cikgu Azizah and many more. 
beside, ade juge class grooming bersama Joe Jodzwill (perhaps it right), Kak Sofia and their team. 
i believed, the most favourite class was grooming class. what so special?
emm, women love beauty. and i guess we are lucky to have kak Sofia there sharing so much things.
TQ so much.! 


beside, sgt bertuah dapat berjumpa dengan menteri pembangunan wanita. YB senator Dato Sharizad.
oke. ini gambar dengan beliau. thank you Datuk.

Wednesday, September 28, 2011

Good Bye

its hard to say good bye.
speechless.
25 September 2011. 
KLIA. 
permulaan, semua oke je. nampak baik. tak terinfluenced dengan emosi lagi.
berjalan dengan baik.
tapi, bila masa dah dekat. 
oh my God. hemmmm..
tak tercakap. semua senyap. lagi susah menghantar sendiri dari duduk kat maktab tunggu dia call
"i m safely arrived sayang"
duduk dekat rumah. tahan. tahan. tahan.
jangan nanges lagi. by the way,
kat bawah ni semua gamba masa kat KLIA.
maa ni emosi masih terkawal oke.:)

my cinta hati